Friday 14 September 2012

Karipap inti daging



Later nak try buat yang jenis spiral pulak. Pesan mak saudara, nak jadikan kulit karipap ni rangup dan lembut, letak LEMAK SAYURAN yer..

Bahan-bahan:
       Doh Karipap:-
  • 400g tepung gandum (saya guna cap sauh)
  • 4 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 1 sudu besar lemak sayuran/vegetable shortening
  • Garam
  • Air
       Inti Daging:-
  • 1 cawan daging (dicincang)
  • 5 biji ubi kentang (dipotong dadu *saya suka guna ubi keledek)
  • 5 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hiris halia (ditumbuk)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara:
     Doh Karipap:-
  • Gaulkan tepung bersama mentega cair, garam dan lemak sayuran (sedikit demi sedikit) sehingga sebati. Sila pakai sudu sebab mentega panas. Dah agak sejuk baru leraikan ketul-ketul adunan menggunakan tangan.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dicanai dan mudah untuk mengelim.
  • Biarkan doh rehat sementara masak inti karipap.
    Inti Daging:-
  • Masukkan semua bahan inti daging ke dalam kuali beserta air dan reneh sehingga ubi dan daging empuk. Sekiranya masih belum empuk, sila jangan takut untuk tambah air..hehehe..saya tak suka tumis sebab nanti ada minyak dalam inti.
  • Setelah masak rasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  • Kemudian boleh la beramai-ramai buat karipap. Lebih cantik and kemas kalau kelim pakai tangan. Kadang pakai alat, doh cepat terbuka and terburai la segala intinya.
Selamat Mencuba!!

1 comment:

amirulyaacob said...

sedapnyer.... huhuhu

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers