Tuesday 4 September 2012

Syukur kepada Illahi..

Aku bersyukur kepada Illahi kerana aku di beri anugerah untuk mencintai suamiku...
juga diberi anugerah dicintai olehnya...
dan kini kami saling menggenggam anugerah dari-Mu
izinkanlah kami untuk terus selamanya bersama dan menjaga anugerah ini....Amin..

+++++++++++++++++++++++

Alhamdulillah, hari ni saya diberi kekuatan untuk menulis 
dan insyaAllah akan terus menulis untuk setiap kenangan yang berlaku dalam hidup saya
 dah sebulan lebih tak jenguk ke sini
dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan
emosi yang tak stabil dan terlalu sensitif
(terima kasih abg kerana sentiasa sabar dengan karenah isterimu)
disamping saat-saat sukar yang perlu saya tempuhi untuk pertama kalinya dalam hidup
tapi saya tak keseorangan
suami yang sentiasa memberi nasihat untuk saya bina kekuatan dan keyakinan diri
juga adik yang sentiasa bersama dan menjaga saya ketika di hospital
di samping mak ayah yang tak pernah lupa untuk mendoakan saya
alhamdulillah...kelebihan yang Allah beri pada saya yang mungkin takda pada sesetengah orang

10 Julai
Saya buat ujian UPT di rumah. Positif! gembira+tak percaya+berdebar2+was2, semua bercampur. I was surprised too. Never tot that there's a little tiny thing in my tummy. Terus MMS kat suami.



12 Julai :
Saya ke Klinik untuk buat pengesahan, juga positif. Hamil 5++ minggu. EDD 14/3/13. Dah terbayang-bayang permata hati yang akan menyinari dan menceriakan lagi hidup kami. Bagaimana rupanya nanti, lelaki ke perempuan, tak kisahlah pasal gender, yang penting tak sabar nak lahirkan dia. Dalam kegembiraan tu, sebenarnya sangat takut dan bimbang sebab beberapa hari sebelum tu, ada brown spotting tapi saya tak bagitahu doktor pun. Ingat normal je. Rujuk mr.gooogle, kebanyakan bagitahu early stage of pregnancy.

15 Julai :
Doktor buat refer letter ke HSNZ sebab saya bagitahu ada brownish spotting. Lagipun pv bleeding tu da 11 hari, so doktor bimbang takut pape berlaku. Katanya kandungan awak threatened. Terus admitted 3 hari di HSNZ untuk have a good rest in the hospital.

2 Ogos :
Pertama kali dalam hidup bermula lah rutin ke klinik untuk pregnancy checkup setelah 2 minggu keluar hospital. Allah uji lagi di mana just gestational sac (3.12cm) seen but no yolk sac @ fetal pole. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ketika tu. Kata doktor, maybe the pregnancy still early @ errors in remembering the last menstrual period @ having an irregular ovulation pattern. Then doctor told me to wait for a followup ultrasound after two weeks. The wait is very difficult! I would say one of the hardest weeks in my life. Sape yang pernah alami tahula macamana rasa. Just mampu berdoa dan terus berdoa semoga ada keajaiban berlaku. Dengan keadaan time tu puasa dan hampir setiap malam bangun, mohon semoga takdir berpihak kepada saya. Signs of pregnancy yang makin hari makin terasa, morning sickness, fatigue, pedih ulu hati, gastrik, tambah lagi emosi tak stabil sebab bimbang apa keputusan nanti...lepas buka puasa memang flat, terawih kat rumah je, sangat tak larat. Sampai rasa nak amik unpaid leave, kadang rasa nak resign! Masa tu baru realize, gini  la keadaan mak time mengandungkan aku agaknya.

15 Ogos : Checkup untuk kali kedua, sangat mendebarkan. Doctor told me, there's no fetal heartbeat, might be missed abortion! Sekali lagi saya diuji. No words can describe this feeling masa tuh. Tapi  sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Semua ni sudah tertulis lama di Luh Mahfuz, tinggal lagi saya perlu lakonkan kembali watak hidup yang Allah dah tentukan ni. Keluar dari klinik saya pergi car wash, sempat lagi dalam pada duk sedih2. Sebenarnya nak balik rumah terus takut nampak sangat kesedihan di wajah, jadi nak redakan keadaan, amik masa bersendirian, muhasabah diri. Tengahari terus pergi GH. 3 hari admitted, 17 hari MC. Raya pun ala kadar je. Walaupun first time raya as husband and wife, tetap takda semangat.
             
Antara nasihat Incik Suami..

 Bersabarlah...Kenapa perlu bersedih atas musibah yang kita tak tahu kebaikannya? Mungkin apa yang dikitakan musibah ini adalah rahmat sebenarnya. Siapa menduga sekiranya berlaku pembentukan anggota, bayi dalam kandungan yang sangat disayangi akhirnya dibenci kerana cacat/sakit dan tidak seperti yang diharapkan? Cuba fikir, mesti lagi sedih kan? Apakah kita tahu perkara ni musibah atau pun rahmat? Sekurang-kurangnya Allah memberitahu kita yang syg boleh hamil dan Allah pinjamkan nikmat tu untuk sementara waktu mungkin kerana Dia sedang sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada sebelum ni. Kita redha ye? Yang penting jangan pernah berhenti berdoa.

Setelah lebih 2 minggu berlalu, saya bermuhasabah diri...
Allah bagi peluang kepada saya untuk merasai alam kehamilan biarpun cuma untuk 9 minggu, simptom-simptom awal kehamilan saya pernah alami, pergi klinik untuk pregnancy checkup, banyak info tentang pregnancy, miscarriage yang saya korek dari doktor juga mr.gooooogle..sampaikan banyak medical terms yang saya belajar kerana peristiwa tu, Allah beri saya pengetahuan dan juga pengalaman.
Terima kasih ya Allah..

Kepada pembaca semua, sekiranya korang ada nak tanya, mana tahu mungkin korang sedang mengalaminya sekarang atau sekadar nak berkongsi pengalaman, saya sedia berkongsi dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ni.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Firman Allah SWT

“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Al-Mulk: 2)

 

1 comment:

amirulyaacob said...

Syg marilah kita sama2 tanamkan sifat sabar dlm hati dlm semua pkr, sbr itu baja iman syg. Besabarlah kuatkan hatimu.. allah ambil yg ini krn dia nk bg yg lg baik. Allah maha penyayang lg maha mengasihani syg.

Syg biarlah apa yg berlaku syg tetap yg pertama n terakhir buat abg, mrh abg tdk pnh ada benci tapi krn syg semata-mata.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers