Friday 7 September 2012

Nasi goreng ajer..

Tadi petang hujan lebat selebat lebatnya...Ater rasa lapar la pulak. hehehe..eden pun gi la goreng nasi. Lagi pulak tengahari tak makan pape lagi.

Bahan-bahan:
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 mangkuk nasi
  • 3 helai daun kubis
  • 1 biji lada besar (dihiris)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar isi ayam (dipotong dadu)
  • Sedikit air
  • Sedikit perasa
Cara-cara: 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Masukkan kicap cair, sos tomato, sos tiram, potongan ayam dan sedikit air. Selepas ayam masak, masukkan sebiji telur dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan nasi, kubis serta hirisan lada besar dan kacau rata.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula (kalau suka).
Selamat Mencuba!!

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers