Wednesday 5 September 2012

Songket asli Terengganu

 Baru-baru ni suami bagitahu nak pergi town cari kain songket. Katanya songket yang ada da lama sangat, dapat time hari pendaftaran semester 1 UUM! Berapa tahun ek abg? Dahla di seterikanya songket tu, nampak kesan herot pada kaki kain..since sekarang bulan syawal, katanya banyak majlis bersama jemputan kehormat, tambah2 pihanraya da makin hampir, jadinya nak carila yang baru sepasang. Tapi kalau pergi town sekarang memang penjual naikkan harga berlipat ganda, lagipun waktu tu cuti raya, lagi pulak nak memilih jenis kain, asli ke pakai mesin ke, tak bape arif sangat.

Ayah pun call la kawan dia yang memang kerjanya mengutip kain songket yang dah siap di upah tenun di rumah penenun2 songket. Ibaratnya dia ni orang kepercayaan usahawan pemilik songket tu la. Maksudnya boleh dijamin keaslian serta harga pun boleh tahan murahhhh berbanding kalau songket dah sampai kat kedai. 2 jam kemudian Kak Yah pun mai hantar 8 pasang songket untuk dipilih. Kalau kat kedai, sape yang tak tahu pape tentang songket, mungkin terbeli songket tenun mesin, takpun songket India. Yang ni kain pun berat dan tebal. Saya siap belek satu2 bunga nak tengok kot2 ada bunga yang tak kena benang. Memang ada la, dah nama pun manusia yang tenun, bukan mesin.Tapi sayang gambar songket kat bawah tak full, badan kain je nampak, tapi kepala takda. 

Tips: Kalau nak pilih songket, tengok pada kepala kain (yang bila pakai, bahagian tu letak kat punggung). Sebab bila kita pakai yang sangat nampak adalah kepala kain bukan badan.

 RM 350
 RM 500
Suami ambil yang kiri, kata Kak Yah, yang kiri bunga yang nak memisahkan kepala dan badan nampak ketara. Jadi lebih cantik berbanding sebelah kanan. Nego dapatlah diskaun RM50.

yang ni RM 800 kecuali yang tengah RM500
songket bunga 'colek' memang mahal sikit kata Kak Yah
* colek = bunga kecil2 yang colourful


Kepada sesiapa yang berminat nak cari songket yang terjamin keasliannya boleh la berhubung dgn saya..
Tak main la tipu menipu ni, kat dunia terlepas la, tapi kat 'sana' for sure tak dapat lari. Fikir2 kan dan selamat beramal..=]

4 comments:

amirulyaacob said...

abg dah beli yang 500 tu cantik sgt...tq kat ayah syg n syg tolong cari untuk abg

Anonymous said...

camne nk contact puan yer??
boleh contact saya 016-2064313

jann ab rahman said...

Dik, songket yg cotton untuk buat baju kurung ada tak?? Akak dah lama berkenan tapi yg di jual di pasaran kebanyakan yg India atau siam. Tq dik.

jann ab rahman said...

Dik, songket yg cotton untuk buat baju kurung ada tak?? Akak dah lama berkenan tapi yg di jual di pasaran kebanyakan yg India atau siam. Tq dik.

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers