Sunday 11 November 2012

Aktiviti pagi

Selamat pagi warga taman..hihihih..breakfast apa eh? biasa breakfast mak yang sediakan, tapi this time eden yang kena wajib sediakan.. Bagitahu Incik Suami nak makan roti canai, mungkin boleh lepas dari masak..aik? lupa pulak dengan niat di hati malam tadi, yang mana since i'm still staying with him, by hook or by crook mesti masak..okay la, decided untuk buat nasi goreng. Syukur sebab suamiku bukan jenis memilih makan.

Time eden kat dapur ketung ketang masak, dia duk belakang rumah yang sekangkang kera tu duk cabut rumput. Macam rumah takda penghuni dah lagaknya, semak samun bagai..yang depan rumah, staff dia yang mai tolong racunkan, kalau tak ada ular 5 ekor pun tak sedar tu..keluar awal pagi, lewat malam baru balik. Hari minggu balik kampung, agaknya dia tak nampak kot rumput dah panjang.

Terkejut tengok dia susun rumput yang dah dicabutnya tuh..susun rumput tu cantik-cantik kemas-kemas macam nak bawak g jual kat pasar..hahah..abang..abang..whatever it is, he's my husband :)

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers