Wednesday 24 October 2012

Ikan toman

Hari sabtu baru ni kami ke Pasar Tani, tujuan hanya satu iaitu nak beli APAM BALIK. Mengidam nak makan apam balik pakcik ni. Dia buat sedap, tak pernah lagi tengok apam balik yang dia buat terbiar dalam talam tunggu customer mai beli. Biasanya kalau nak beli kena beratur, masak bungkus masak bungkus..dia buat kecik-kecik, RM0.70 sebiji, tekstur apam tu masih lembuttttt walaupun dah sejuk dingin..tapi lupa nak snap photo...takper next time eden snap. Sebenarnya entry ni nak cerita pasal ikan toman, bukan apam balik..sabit je tuh..tskk..tskk...

Berat = 5 kg
Harga = RM 52.00

Order 10 biji apam balik! hehehe..rezeki tu bukan untuk eden sorang yer, perut saya kecik je, takkan tertelannya 10 biji tu, telah dibahagi-bahagikan kepada nenek and nenek saudara. Ater nak tunggu lambat jugak, sebab calon menunggu depan eden dah mintak 7 biji, so suami ajak saya pusing-pusing sekitar pasar tu dulu..Pergi bahagian barang basah, tengok dalam tong ni ada ikan besarrrr. Den ingat ikan haruan, rupanya toman. First time tengok masa umur kira-kira 6 tahun, ayah bawak balik dari Tasik Kenyir, dia and the gang konvoi pegi mengail kat sana. Tapi tak pernah makan, rasa daging dia macamana eden pun tak tahu la..nak makan ikan besar-besar gini rasa macam tak lalu pulak..korang cane? lalu ke nak makan?

Kakak penjual tu pegang gitu je ikan ni, den pulak naik takut kot-kot kena sengat ke apa ke..dia cakap kalau nak beli kena beli sekor terus, takda main sekerat-kerat macam ayam eh..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda:

”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab;
”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
 

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” 


source: mr.google

Sabda Rasulullah SAW : "Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekalian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah  melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ”

Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada dilautan dan didaratan.” Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannyankepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”


2 comments:

amirulyaacob said...

syg buat toman 3 rasa best tak?

secretGarden said...

Taknak la, takut je nak makan besar sangat..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers