Sunday, 28 October 2012

Ikan haruan

Ikan haruan ni spesis ikan air tawar yang boleh diperolehi di kawasan sawah padi, telaga, sungai dan tali air. Paling penting ikan ni terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat balk menyembuhkan penyakit tertentu.

Seminggu yang lepas my dad ada try mancing belakang umah sebab sejak air dalam parit belakang umah penuh sebab hujan, mesti akan timbul anak ikan haruan merah-merah kat permukaan air. Geram tengok rasa nak pergi tangguk. Pernah dulu eden makan beberapa ekor hidup-hidup anak ikan haruan tu, tapi lupa sebab apa, yang pasti mesti tengah sakit, kalau saje-saje nak makan mungkin tak. Telan ikan tu sekali dengan minum air, bukan senang nak telan gitu je, geli anak tekak..hahah

Asalnya mak la suruh ayah mancing sebab nak buat sup bagi my bro makan after operation tu, tapi tak dilayannya. Kami pergi pasar ada yang dah siap siang and siap letak garam kunyit lagi..tapi taknak la yang gitu, nak yang fresh hidup-hidup. Ni budak dah sihat segar bugar dah, baru my dad mancing. Tapi kalau ada time tu pun, my bro mesti tak makan sangat pun, dah tengah sakit, tekak pun tak lalu nak makan, buat membazir je.

Besar jugak yang ni, tapi tak tahu la bape kg. Mata dia da rosak kena mata kail kot, eden tengok putih semacam je mata, nak buka baldi lama-lama telek takut ikan tu lompat. Payah pulak nak tangkap masuk baldi kang..Ikan ni mai time banjir aritu, sungai kan dekat dengan umah den, belakang tu pulak sawah padi.


1 comment:

amirulyaacob said...

snake head ni syg...

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers