Wednesday 10 October 2012

Should i be a nurse????

Last 2 months saya admitted check in 2nd class. Layanan sangat berbeza dengan my brother yang stay dekat 3rd class. Tak tahu la kot-kot layanan wad perbidanan dengan pembedahan berbeza. Tapi logic akal tak kisah la sakit apa pun, kelas nombor berapa pun, layan la elok-elok, bukan nak suruh sembah kaki, belai kita setiap masa, duk bertempek dengan kita, suap makan pagi untuk kita, taknak semua tu, tapi cakap tu biar la berbahasa sikit, janganla buat muka bila patient mengadu sakit situ sini. Dah memang visi jururawat BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA, bukan untuk kambing, jadi bertindaklah seiring dengan visi. Kalau tak mampu nak melayan karenah manusia, lucutkan seragam anda. Ramai lagi insan lain yang jauh lebih berhemah, berjiwa manusia duk menganggur menunggu untuk ditemuduga.

Drama malam tadi:
Lepas operation my brother dalam keadaan sakit tu dia tanya la misi nih, korang pun akan tanya kan, lepas orang dah korek-korek perut kita, takkan nak diam je..mesti ada rasa ingin tahu..ye dop???

Adik: Tadi operation berapa lama misi?
U29: Tu, tanya hok tu (mulut muncungkan kepada my sis sambil dia duk guna blood preasure monitor)
Adik: Diam seribu bahasa...

Ya Allah apa punya bahasa la pompuan nih, macam orang tak sekolah. Agaknya pergi kerja semata-mata nak tunggu akhir bulan dapat gaji tapi dalam jiwa langsung takda keikhlasan buat kerja. Kalau rela hati dia takkan jawab gitu. Pasti dalam jiwa dia tu memang akan terlahir perasaan simpati and cuba memahami keadaan pesakit time tu. Budak ni dah la baru je lepas surgery, patut try to comfort him la dengan menjawab....'oooo operation tadi lebih kurang 4 jam termasuk masa untuk recover and bius, yang jadi lama tu sebab appendix adik dah pecah'. Explain la sikit walaupun waris dia ada duk tunggu tadi, tapi memang kerja misi ambil tahu kebajikan patient wad dia tuh, masuk bila keluar bila. Kelek file bersungguh sangat, tapi wat kerja sambil lewa. Kalau taknak senyum sangat sebab takut jatuh emas setongkol dari mulut pun takper, atleast manner tu biarla ada sikit-sikit pun.

Drama tengahari tadi:
My brother bagitahu sakit dada sangat-sangat, my sis naikkan bahagian kepala katil kot-kot boleh lega, tetiba jadi sakit dekat tempat luka pulak, dia pun jumpa staff-nurse.

My Sis: Staff-nurse adik saya sakit dada tiba-tiba je. Saya dah naikkan kepala katil tapi sakit jugak.
U29: (Sambil mendengus marah) hissshh sakit dada lah pulok.
My Sis: Bengongnyaaaa laa... (dalam hati..haha, sebab terkejut+geram)

Kalau la kena kat korang apa yag terbit di hati? Terasa tak? Ini bukan orang yang sama, tapi U29 yang berbeza-beza. Agaknya staff-nurse wad ni ramai yang takda naluri kejururawatan kot. My sis yang dah angin dari semalam lagi buat andaian, staff-nurse diploma ni memang tak berbudi bahasa. Itulah sebabnya suruh belajar pandai-pandai, biar jadi staff-nurse berILMU. Perli-perli tu mainan jer bagi dorang. Saya cerita ni certain drama je, sebenarnya banyak tapi tinggal lagi malas nak ingat je.

Pernah saya jumpa sorang jururawat pelatih nih, dia nak amik body temperature, thermometer tu perlu letak bawah lidah, disuruhla my brother ni nganga mulut.

Pelatih: Adik buka mulut aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (sambil dia ikut sekali nganga)

Time nak ambil balik thermometer tu daripada mulut:-

Pelatih: Ok bukak muluttttt...pandaiii (Sambil cabut themormeter daripada mulut)

My bro yang dah tua tu sampai naik malu dia buat macamtu, tapi dia steady je buat. Cara dia macam melayan kanak-kanak, enjoying gitu, sebenarnya cara ni boleh alih sekejap perhatian patient dari masalah dia. Takda nampak berlakon pun, memang naturally. She meant to be a nurse!!

Tak perlu pun sampai nak buat macam tu, tapi senyum..senyum..senyum.. (malique ft najwa)

Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Malu la dengan jururawat pelatih yang untung nasib dia tak tahu ke tengah ke atau ke tepi ke, berjawatan atau tidak lepas grad nanti pun tak tahu lagi. Bagi yang dah berjawatan tetap, ada pencen semua, hargai lah rezeki pekerjaan yang Allah dah bagi tu.

Saya tak maksudkan semua jururawat peel udoh, ada yang sangat la baik dan memahami. Tapi lately jumpa ramai yang peel gini. So kepada sesiapa yang bercita-cita nak jadi jururawat, ketahui la profession tu sangat la mulia, Jangan cemari ia dengan sikap anda yang tak berapa nak ada naluri kejururawatan tu. Memang banyak pahala sebab berkhidmat untuk manusia, tetapi kalau dah sokmo merungut, marah, mendengus, pahala pun lari. Betul la banyak kerja, patient macam-macam ragam, nak itu nak ini, tapi tangani la dengan cara yang paling berhemah. Kalau tak boleh sangat sangat sangat, tolong tolong tolong lucutkan seragam anda untuk kurangkan mentality masyarkat mengenai 'Jururawat kerajaan garang gilerrrr, masam catung, sombong pulak tuh!'. Sebabnya jururawat yang betul-betul berjiwa rakyat akan terpalit sama kesannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah saw bersabda:

“Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang.” (Hadis riwayat Abu Ya’la)

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers