Monday 15 October 2012

Ajal tak kenal siapa

Pagi tadi mak bagitahu tokki chik (jiran depan rumah) dah takda. Den yang tengah mamai-mamai nak pergi mandi tersentap, and mata jadi cerah terus terkejut dengar berita tu. Baru pagi semalam tengok dia tercegat depan gate rumah dia untuk tunggu pakcik yang menjaja makanan pagi. Kebiasaannya dia beli makanan pagi dengan pakcik tu and memang dia takda sakit berat pun, lenguh-lenguh sendi tu adatla warga emas kan..tak sangka tengah-tengah sihat tetiba meninggal.

Dia meninggal dekat rumah anak dia, adala dalam 1.5km dari rumah dia. According to my mum, selama ni dia tak pernah la sampai nak bermalam rumah anaknya tu, dah tua-tua tak larat macamni lagi la jarang dia pergi situ, biasa anak dia je mai jenguk. Tapi semalam anak dia pelawa ajak bermalam, tanpa banyak soal dia ikut je. Dengan izin Allah pukul 4.00 am tadi dia meninggal. Sabit kepada kematian kena tunggu balik sekolah baru tahu, my sister mesti tahu cerita sebab cucu dia rapat dengan my sister. Arwah isteri dia meninggal hari ke-6 Syawal akibat komplikasi jantung, tapi sejak isteri dia takda memang nampak da jugak dia tak berapa ceria.

Insaf sekejap bila dengar berita kematian, yela ajal maut tak mengenal orang sihat-sakit, kaya-miskin, muda-tua, takkan lambat sesaat mahupun awal sesaat, waktunya pasti tiba. Dan setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, bagaimana caranya bergantung pada bahagian masing-masing. Semoga Allah matikan kita dalam iman..Amin...

Al-Fatihah untuk arwah tokki chik

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah saw bersabda:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

(Riwayat Abdullah bin Abbas r.a)

2 comments:

Anonymous said...

We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community. Your web site provided us with valuable information to work on. You’ve done a formidable job and our whole community will be grateful to you.

secretGarden said...

tqvm

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers