Tuesday 30 October 2012

Sup ikan haruan

Sejak raya haji asyik makan daging je, pergi majlis situ daging, pergi sini daging, ater rasa naik pening bila tengok daging je. Lagi pulak daging merah tak sesuai untuk diambil selalu. Ye dop?? Agaknya kalau buat ujian tekanan darah, tak tahu la berapa nih. Semalam eden buat sup ikan haruan, tapi ada jugak daging masak kicap sebab my sis tak suka ikan darat ni kecuali ikan patin. Since my husband pun dah lama katanya tak makan haruan, eden pun buatlah, walaupun dalam keadaan flu fever, tapi masak tetap dengan penuh kasih sayang.


Sup ikan haruan
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan haruan (dibersihkan dan dipotong)
  • 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 3 hiris halia
  • Rempah halus (bunga cengkih, lawang, buah pelaga, kulit kayu manis)
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji limau kasturi
  • Daun sup
  • 3 cawan air
  • Garam dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis rempah ratus sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan mayang, hirisan halia dan tumis lagi sehingga keperangan.
  • Selepas itu masukkan air, garam, sos tiram dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Masukkan ikan haruan dan biarkan sehingga masak.
  • Rasakan dengan serbuk perasa dan air perahan limau kasturi. Taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.

Daging masak kicap

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 hiris halia (dikisar)
  • 3 biji lada besar (dikisar)
  • 3 biji cili padi (dikisar)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar lada kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Selepas itu masukkan lada kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan serai, garam, serbuk jintan, air asam jawa dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan daging, air dan reneh sehingga daging empuk. 
  • Selepas daging empuk masukkan sos tiram, kicap pekat, gula dan kacau lagi sehingga rata.
  • Rasakan dengan serbuk perasa, taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

1 comment:

amirulyaacob said...

best syg pandai syg msk ikang ruang

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers